Dimana Bumi Syam

dimanakah bumi syam 02

Dari Wathilah bin al-Asqā’ berkata : Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Huzaifah bin al-Yaman dan Mu’adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat baginda tentang tempat tinggal.

Maka, baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada baginda. (Dan) baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالشَّامِ فَإنَّهَا صَفْوَةُ بِلَادِ اللهِ يَسْكُنُهَا خِيرَتُهُ مِنْ خَلْقِهِ.

“Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihan-Nya”(Rujukan : Kitab Himāyah As-Syam al-Musamma Fadhāilu As-Syam karya Imam Baghdadiy)

Dari dulu lagi aku sendiri tertanya.. Di manakah bumi syam..? Tak pernah aku jumpa dalam peta sewaktu belajar geografi pada zaman PMR dulu. Namun persoalan itu lenyap hingga ia muncul kembali kini. Jadi dengan apa yang berlaku di Syria ini membuatkan aku mencari inisiatif untuk tahu lebih lagi dimanakah negeri syam ini .. Maka aku terjumpa dalil dan hadith yang berkaitan seperti dibawah. (Ini yang dapat aku kongsikan mungkin banyak lagi hadith dan dalil mengenai negeri syam ini.)

“Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.” (QS Al Anbiya: 71)

“Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS Al Anbiya: 81)

“Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman.” (QS Saba: 18)

‘Abd Allah ibn ‘Amr ibn al-’Ash meriwayatkan; Nabi bersabda “Akan datang suatu masa ketika semua orang beriman pasti akan pergi ke Syam.” [Al-Hakim, Al Mustadrak ‘Ala Shahihain 4:457. Adz Dzahabi menyepakati sebagai hadits shahih berdasar syarat al-Bukhari dan Muslim]

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, Nabi bersabda, “Janganlah mengutuk orang-orang Syam tetapi kutuklah ketidakadilan mereka sebab sesungguhnya di antara mereka ada para abdal (penerus kekasih Allah)” [At Thabrani dalam al-Awsath, Abu Nu’ayim, & Ibn ‘Asakir]

Jadi mari kita berbalik kepada soalan kita tadi.. Maka dimanakah negara syam negara syam yang dimaksudkan?

Selepas bertanya kepada kawan-kawan seangkatan aku yang pernah belajar di Jordan,Syria, Mesir dan Madinah maka baru aku tahu bahawa negara syam itu telah dipisah-pisahkan oleh pihak eropah sama ada Inggeris, Belanda, Portugal atau Sepanyol itu aku tidak pasti dan mereka juga berkata begitu. Tapi apa yang pasti  negara syam itu termasuklah empat negara ini Palestin, Lubnan, Syria dan Jordan.

dimanakah bumi syam

Dimana pusat pemerintahan negara syam ini terletaknya di Damsyik atau digelar Damascus yang mana hari ini berlakunya peperangan disana.

 Barang siapa ingin menakluki dunia maka mereka harus menakluki negara palestin dan sekitarnya.

Dulu aku pernah terjumpa kata-kata ini.  Barang siapa ingin menakluki dunia maka mereka harus menakluki Pelestin dan sekitarnya. Aku tidak pasti ini hadith atau hanya ungkapan biasa. Namun kata-kata ini mengingatkan aku kembali mengapa mereka (amerika &israil) sibuk untuk berperang masuk ke negara arab dengan hanya menggunakan alasan yang tak munasabah iaitu pembangunan senjata nuklear. Wal hal korea utara dengan slumber mengaku yang negara mereka sedang membangunkan senjata nuklear tersebut tetapi tidak pula dia berbuat apa-apa.

Apa yang kita lihat Assad Basyar dan rejimnya di Syria dari golongan syiah majusi ini memijak dan menindas rakyatnya namun tidak pula diambil tindakan mana-mana pihak terutamanya amerika Tetapi negara yang mempunyai pemimpin Islam yang lantang bersuara seperti Gadafi diputar belit oleh media kononnya dia memijak dan menindas rakyat lalu serta merta amerika menyerang dan istihar menjatuhkan pemimpin ini.  Nampak tak kafir latnak Allah dan  permainan mereka disitu..?

P/S : Aku sedia menerima bagi mereka yang sudi untuk bercerita lebih panjangan lagi mengenai apa yang dimaksudkan negeri syam. Perkongsian itu akan aku cuba sampaikan seramai yang boleh melalui medium ini.

Leave a comment