Hari Syria Sedunia

hari syria sedunia 04
1. Krisis Syria telah berlanjutan 2 tahun. Sejak 15 Mac hingga 15 Mac 2013.

2. Kini lebih 1.6 juta rakyat Syria menjadi pelarian dan hampir 100 ribu rakyat terbunuh.

3. Para alim ulama’ menegaskan kebangkitan rakyat Syria adalah jihad dan mati mereka kerananya adalah syahid.

4. Justeru itu saya menyeru agar seluruh rakyat dan warga prihatin di negara ini tanpa mengira perbedaan agama, kaum danpolitik berkumpul dihadapan Kedutaan Syria pada hari jumaat ini bersamaan 14 Jun 2013 sejurus selesai solat Jumaat bagi menyatakan bantahan dan kutukan keras kita terhadap campurtangan asing, keganasan, pertumpahan darah dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria

5. Sewajarnya kita menunjukkan solidariti kita terhadap insan yang tertindas menjadi mangsa kekejaman dan gas beracun. Sungguhpun Syria nun beribu kilometer, namun kekejaman dan keganasan yang berlaku tidak mungkin membuatkan kita kaku membatu diri.

6. Saya juga menyeru agar sebelum turun berhimpun dan menyerahkan memorundum kecaman ke Kedutaan Syria, seluruh masjid mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah swt dan sekaligus memusnahkan mereka yang kejam, ganas dan tidak berhati perut.

7. Penyertaan dan solidariti dari pihak ngo dan orang perseorangan sangat dialu – alukan bagi meningkatkan tekanan ke atas pihak berkuasa Syria supaya segera mengambil langkah menghentikan keganasan dan menerima campur tangan asing. Juga tekanan ke atas badan – badan dunia yang berauthoriti agar mengusahakan kedamaian dan keselamatan rakyat Syria dan mengambil tindakan tegas kepada penjenayah kejam yang membunuh rakyat Syria.

Dari- Dato Nasruddin Hassan

hari syria sedunia 03

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar memo ke kedutaan Syria bagi mengutuk keganasan yang semakin menular dan tragedi pembunuhan masyarakat muslim sunni dan mustadhafin serta penggunaan gas beracun.

Serahan memo dan himpunan aman tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 14 Jun 2013
Hari : Jumaat
Masa : Seusai Solat Jumaat
Lokasi : hadapan kedutaan Syria. [ solat jumaat boleh pilih masjid yang berdekatan dan paling hampir ]

Semua pemuda / pemudi serta warga prihatin dijemput hadhir untuk membantah keganasan dan menunjukkan solidariti kita terhadap insan tertindas.

P/S : Aku akan usahakan untuk turut serta kali ini.

Hari Kematian Hafiz Assad bapa kepada Firaun Bashar Assad

Image

Hari ini adalah ulang tahun untuk kematian Syaitan pertama, iaitu HAFIZ ASSAD.bapa kepada Firaun Bashar Assad.

Kami ingin memulakan hari yang gembira ini dengan berkata..
SEMOGA ALLAH S.W.T MELAKNAT ANDA DALAM NERAKA SELAMA-LAMANYA!

Hafiz Assad (bapa kepada Bashar Assad) merupakan Firaun Zalim Syiah yang pertama Syria. Hafiz Assad memerintah mereka dengan kekejaman kuku besi. Telah mengorbankan lebih 40,000 Muslim Sunni di Hama dan Halab dalam revolusi Syria pertama menentang Syiah pada tahun 1982. Hafiz Assad menggunakan kereta kebal memasuki masjid semasa rakyat sednag bersolat dan telah merogol wanita-wanita yang berada di dalam masjid di hadapan khalayak ramai. Sama seperti perbuatan darah dagingnya Bshar Assad pada hari ini, Cuma bezanya pada 1980-an mereka tidak mempunyai FACEBOOK!

Hafiz Assad adalah manusia yang PERTAMA mengisytiharkan dirinya sebagai TUHAN di Syria. Hafiz Assad memaksa rakyatnya di Syria untuk mengatakan dan menerima bahawa dia adalah TUHAN selama lebih 30 tahun dibawah pemerintahannya sehinggakan di setiap buku kanak-kanak di Syria diterbitkan bahawa Hafiz Assad adalah TUHAN. Tibanya hari kematian beliau, semua rakyat Syria yang mengakui bahawa Hafiz Assad adalah TUHAN menjadi sangat terkejutdan telah menafikan berita kematian Hafiz Assad kerana mereka yakin bahawa Hafiz Assad adalah TUHAN dan TUHAN tidak mungkin akan mati!

Hafiz Assad memaksa rakyatnya untuk menjulang namanya “HAFIZ ASSAD DEWA KEKAL SYRIA” . Hakikatnya yang kononnya “TUHAN” ini sedang berada di bawah tanah sekarang, dimakan oleh cacing! Hari kematian Hafiz Assad merupakan hari yang paling gembira di Syria sejak 40 tahun lalu. Ia adalah satu-satunya hari gembira di Syria. Mereka menyambut hari kematian beliau dengan menari-nari di jalan dan membaling lebih 3000 status (Sanam) beg sampah di Syria.

Hari kematian Hafiz Assad merupakan satu hari yang sangat gembira kepada semua umat Islam dan merupakan hari yang sangat hitam kepada Israel dan Amerika Syarikat. Terdapat satu gambar yang sangat terkenal dengan Mr.Clinton menangis apabila dia menerima berita kematian sekutunya Syiah Hafiz Assad Semoga Allah melaknat Hafiz Assad dalam neraka. Israel memindahkan tenteranya ke sempadan Syria kerana takut presiden baru tidak akan menjadi memudahkan Israel dan melindungi sempadan Israel dengan selamat seperti Hafiz Assad. Sudah tentu, bagaimana mereka boleh mencari pemimpin yang lebih baik? Hafiz Assad telah menjual tanah Syria mereka (Jolan Heights) secara percuma, hanya supaya Israel membenarkan Hafiz Assad memegang jawatan selama 40 tahun.

Mari kita sambut hari yang gembira ini dengan berkata :
LAKNAT KE ATAS ROH KAMU HAFIZ ASSAD DAN SEMUA AHLI KELUARGA ANDA . LAKNAT ALLAH KE ATAS SEMUA SYIAH DI MUKA BUMI INI. Mereka semua akan menyertai anda di dalam neraka inshaAllah tidak lama lagi!

Sumber : Facebook

Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa

siapa hassan al-banna
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.


Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdu Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

siapa hassan al-banna 02

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..

Menubuhkan lkhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku “Letter To A Muslim Student” (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan
Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.

Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah (part paling menyayat hati)

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya “Esteshhaad” yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Sumber : Majalah I, April 2003

Dimana Bumi Syam

dimanakah bumi syam 02

Dari Wathilah bin al-Asqā’ berkata : Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Huzaifah bin al-Yaman dan Mu’adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat baginda tentang tempat tinggal.

Maka, baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada baginda. (Dan) baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالشَّامِ فَإنَّهَا صَفْوَةُ بِلَادِ اللهِ يَسْكُنُهَا خِيرَتُهُ مِنْ خَلْقِهِ.

“Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihan-Nya”(Rujukan : Kitab Himāyah As-Syam al-Musamma Fadhāilu As-Syam karya Imam Baghdadiy)

Dari dulu lagi aku sendiri tertanya.. Di manakah bumi syam..? Tak pernah aku jumpa dalam peta sewaktu belajar geografi pada zaman PMR dulu. Namun persoalan itu lenyap hingga ia muncul kembali kini. Jadi dengan apa yang berlaku di Syria ini membuatkan aku mencari inisiatif untuk tahu lebih lagi dimanakah negeri syam ini .. Maka aku terjumpa dalil dan hadith yang berkaitan seperti dibawah. (Ini yang dapat aku kongsikan mungkin banyak lagi hadith dan dalil mengenai negeri syam ini.)

“Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.” (QS Al Anbiya: 71)

“Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS Al Anbiya: 81)

“Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman.” (QS Saba: 18)

‘Abd Allah ibn ‘Amr ibn al-’Ash meriwayatkan; Nabi bersabda “Akan datang suatu masa ketika semua orang beriman pasti akan pergi ke Syam.” [Al-Hakim, Al Mustadrak ‘Ala Shahihain 4:457. Adz Dzahabi menyepakati sebagai hadits shahih berdasar syarat al-Bukhari dan Muslim]

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, Nabi bersabda, “Janganlah mengutuk orang-orang Syam tetapi kutuklah ketidakadilan mereka sebab sesungguhnya di antara mereka ada para abdal (penerus kekasih Allah)” [At Thabrani dalam al-Awsath, Abu Nu’ayim, & Ibn ‘Asakir]

Jadi mari kita berbalik kepada soalan kita tadi.. Maka dimanakah negara syam negara syam yang dimaksudkan?

Selepas bertanya kepada kawan-kawan seangkatan aku yang pernah belajar di Jordan,Syria, Mesir dan Madinah maka baru aku tahu bahawa negara syam itu telah dipisah-pisahkan oleh pihak eropah sama ada Inggeris, Belanda, Portugal atau Sepanyol itu aku tidak pasti dan mereka juga berkata begitu. Tapi apa yang pasti  negara syam itu termasuklah empat negara ini Palestin, Lubnan, Syria dan Jordan.

dimanakah bumi syam

Dimana pusat pemerintahan negara syam ini terletaknya di Damsyik atau digelar Damascus yang mana hari ini berlakunya peperangan disana.

 Barang siapa ingin menakluki dunia maka mereka harus menakluki negara palestin dan sekitarnya.

Dulu aku pernah terjumpa kata-kata ini.  Barang siapa ingin menakluki dunia maka mereka harus menakluki Pelestin dan sekitarnya. Aku tidak pasti ini hadith atau hanya ungkapan biasa. Namun kata-kata ini mengingatkan aku kembali mengapa mereka (amerika &israil) sibuk untuk berperang masuk ke negara arab dengan hanya menggunakan alasan yang tak munasabah iaitu pembangunan senjata nuklear. Wal hal korea utara dengan slumber mengaku yang negara mereka sedang membangunkan senjata nuklear tersebut tetapi tidak pula dia berbuat apa-apa.

Apa yang kita lihat Assad Basyar dan rejimnya di Syria dari golongan syiah majusi ini memijak dan menindas rakyatnya namun tidak pula diambil tindakan mana-mana pihak terutamanya amerika Tetapi negara yang mempunyai pemimpin Islam yang lantang bersuara seperti Gadafi diputar belit oleh media kononnya dia memijak dan menindas rakyat lalu serta merta amerika menyerang dan istihar menjatuhkan pemimpin ini.  Nampak tak kafir latnak Allah dan  permainan mereka disitu..?

P/S : Aku sedia menerima bagi mereka yang sudi untuk bercerita lebih panjangan lagi mengenai apa yang dimaksudkan negeri syam. Perkongsian itu akan aku cuba sampaikan seramai yang boleh melalui medium ini.

Semuanya Bermula Disini

yasyabab (03)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

web ini baru saja lahir pada 09/06/2013 pada jam 11:49PM. Secara jujur aku tidak pernah terfikir untuk membina web ini pada masa lalu. Ini semua terjadi sewaktu aku sedang asyik  buat kerja dihadapan laptop dan oleh kerana keletihan aku berhenti seketika dan melayari facebook. Namun sedang asyik aku layari facebook hati aku ternampak suatu perkara yang dikongsikan oleh seorang rakan mengenai kejadian apa yang sedang berlaku di Syria.

Dulu aku pernah berhajat dan berimpian untuk jejak ke tanah di bumi anbia ini. Namun bila mana terjadinya perang pada tahun lepas aku dapat rasakan  impian ini seperti musnah sama sekali aku untuk melihat peninggalan tamadun Islam yang terdapat disana kerana apa yang aku lihat di TV dan baca di surat khabar seperti peperangan ini  tiada kesudahanya.

Selepas melihat share yang dibuat oleh seorang rakan di wall-nya mengenai bumi Syria. Hati aku seperti terpanggil-panggil untuk mengetahui lebih lagi apa yang sebenarnya terjadinya di sana. Semakin dalam aku mencari video,page fb dan web semakin hati aku rasa ada perkara yang tidak kena dengan apa yang aku dengar di radio, TV, surat khabar di Malaysia ini dengan apa yang aku jumpa ini. Aku terus menggali dari satu video ke satu video dari blog dan web dan aku rasa semakin banyak lagi kisah yang tidak disiarkan dengan betul apa yang terdapat di Malaysia. Allahu Akbar.. Nampaknya bukan saja kisah politik di palsukan malah ia juga sedang terjadi dalam dunia Islam sebenar.

Aku cuba bertanya kepada kawan-kawan yang mempunyai pengalaman yang belajar di Jordon, Madinah dan Mesir ternyata di apa yang kita dengar hari ini di TV dan radio dan apa yang media percetakan siarkan jauh tersasar dengan apa yang terjadi di bumi anbia. Aku cuba untuk meminta agar kawan-kawan aku ini dapat berkongsi pengalaman dan info mereka untuk dijadikan risalah.. namun mereka menolak dengan pelbagai alasan.

Aku tekad nak buat seorang diri..tapi terfikir.. apalah yang aku ada.. bahasa arab aku tidak tahu.. ilmu agama hanya cukup pegangan diri sendiri. Lalu…Hati kecil ini terus meronta-ronta.. Wahai  para Mujahidin penegak agama Allah Sekalian Alam… Bagaimana lagi aku dapat bantu kalian… Sedihnya aku melihat saudaraku disembelih..di rogol (para wanitanya) , di tembak tanpa balas insan, di campak dari bangunan, di bom tanpa peri kemanusiaan, kanak-kanak di bunuh dan di seksa… Menitis air mata aku melihat para musuh seakidah ku dibuat begitu..

Gambar ini membuat aku terus berfikir lebih mendalam…

Bagaimana jika aku di tempat si bapa yang memeluk dan meratapi mayat anaknya ini.. (bayangkan….)

yasyabab (01)

Otak Aku terus terfikir.. Selepas sumbangan wang dan doa apa lagi yang boleh aku bantu mereka ini.. Lalu aku terkasima seketika dengan melihat post terkini yang di share oleh seorang rakan tadi di wallnya…

yasyabab02

Gambar diatas ini seorang yang bernama Asy-Syahid Muhammad Zain Ad-Din merupakan seorang mahasiswa tahun tiga Universiti Halab. Beliau antara pemuda yang paling awal menyertai kebangkitan rakyat Syria.Dengan berbekalkan sebuah kamera dan henset, segala perkembangan dan berita terkini perjuangan rakyat Syria sampai kepada dunia luar. Semalam sudah selesai tugas pemuda ini, beliau gugur syahid apabila terkena cebisan bom yang digugurkan oleh rejim Basyar.

Persoalannya kenapa dia perlu berbuat demikian wal hal dia boleh lari ke tempat lebih selamat atau melarikan diri keluar dari Syria. Jawapannya hanya satu.. Dia ingin menyampaikan cerita sebenar disebalik dajjal yang membuat fitnah dan menipu dunia.

Lalu aku terfikir hanya mungkin jalan ini yang dapat aku bantu mereka. Menyampaikan cerita yang sebenar apa yang berlaku di sekitar bumi ambia seperti Palestine, Syria, Iraq, Mesir dan lain-lain lagi. Jadi dengan kemahiran yang tak seberapa aku ada maka aku gunakan  perkongsian ini di web yang baru aku bina ini.

Apa itu YaSyabab?

Pada mula aku sendiri tidak tahu.. Aku tahu pun bila melihat video perang sewaktu FSA melawan tentera Assad Basyar. Tentera FSA melaungkan ya..syabab… ya syabab…  dan kebanyakan video ini melaungkan bunyi yang sama.. lalu aku rujuk kembali pada rakan-rakan.. maka Ya Syabab itu bermaksud Wahai Pemuda… Disebabkan aku juga dalam golongan pemuda maka aku gunakan nama ini sebagai platform untuk aku menyampaikan info kisah sebenar yang apa yang berlaku disebalik penipuan dajjal ini.

Maka dengan wujudnya web ini  juga telah bersedia untuk dikritik para musuh Islam yang tidak suka hal sebenar ini disebarkan. Semoga perkongsian hal kejadian sebenar ini dapat disampaikan disetiap penjuru penduduk Islam Nusantara.. Allahu Akbar…!