Semuanya Bermula Disini

yasyabab (03)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

web ini baru saja lahir pada 09/06/2013 pada jam 11:49PM. Secara jujur aku tidak pernah terfikir untuk membina web ini pada masa lalu. Ini semua terjadi sewaktu aku sedang asyik  buat kerja dihadapan laptop dan oleh kerana keletihan aku berhenti seketika dan melayari facebook. Namun sedang asyik aku layari facebook hati aku ternampak suatu perkara yang dikongsikan oleh seorang rakan mengenai kejadian apa yang sedang berlaku di Syria.

Dulu aku pernah berhajat dan berimpian untuk jejak ke tanah di bumi anbia ini. Namun bila mana terjadinya perang pada tahun lepas aku dapat rasakan  impian ini seperti musnah sama sekali aku untuk melihat peninggalan tamadun Islam yang terdapat disana kerana apa yang aku lihat di TV dan baca di surat khabar seperti peperangan ini  tiada kesudahanya.

Selepas melihat share yang dibuat oleh seorang rakan di wall-nya mengenai bumi Syria. Hati aku seperti terpanggil-panggil untuk mengetahui lebih lagi apa yang sebenarnya terjadinya di sana. Semakin dalam aku mencari video,page fb dan web semakin hati aku rasa ada perkara yang tidak kena dengan apa yang aku dengar di radio, TV, surat khabar di Malaysia ini dengan apa yang aku jumpa ini. Aku terus menggali dari satu video ke satu video dari blog dan web dan aku rasa semakin banyak lagi kisah yang tidak disiarkan dengan betul apa yang terdapat di Malaysia. Allahu Akbar.. Nampaknya bukan saja kisah politik di palsukan malah ia juga sedang terjadi dalam dunia Islam sebenar.

Aku cuba bertanya kepada kawan-kawan yang mempunyai pengalaman yang belajar di Jordon, Madinah dan Mesir ternyata di apa yang kita dengar hari ini di TV dan radio dan apa yang media percetakan siarkan jauh tersasar dengan apa yang terjadi di bumi anbia. Aku cuba untuk meminta agar kawan-kawan aku ini dapat berkongsi pengalaman dan info mereka untuk dijadikan risalah.. namun mereka menolak dengan pelbagai alasan.

Aku tekad nak buat seorang diri..tapi terfikir.. apalah yang aku ada.. bahasa arab aku tidak tahu.. ilmu agama hanya cukup pegangan diri sendiri. Lalu…Hati kecil ini terus meronta-ronta.. Wahai  para Mujahidin penegak agama Allah Sekalian Alam… Bagaimana lagi aku dapat bantu kalian… Sedihnya aku melihat saudaraku disembelih..di rogol (para wanitanya) , di tembak tanpa balas insan, di campak dari bangunan, di bom tanpa peri kemanusiaan, kanak-kanak di bunuh dan di seksa… Menitis air mata aku melihat para musuh seakidah ku dibuat begitu..

Gambar ini membuat aku terus berfikir lebih mendalam…

Bagaimana jika aku di tempat si bapa yang memeluk dan meratapi mayat anaknya ini.. (bayangkan….)

yasyabab (01)

Otak Aku terus terfikir.. Selepas sumbangan wang dan doa apa lagi yang boleh aku bantu mereka ini.. Lalu aku terkasima seketika dengan melihat post terkini yang di share oleh seorang rakan tadi di wallnya…

yasyabab02

Gambar diatas ini seorang yang bernama Asy-Syahid Muhammad Zain Ad-Din merupakan seorang mahasiswa tahun tiga Universiti Halab. Beliau antara pemuda yang paling awal menyertai kebangkitan rakyat Syria.Dengan berbekalkan sebuah kamera dan henset, segala perkembangan dan berita terkini perjuangan rakyat Syria sampai kepada dunia luar. Semalam sudah selesai tugas pemuda ini, beliau gugur syahid apabila terkena cebisan bom yang digugurkan oleh rejim Basyar.

Persoalannya kenapa dia perlu berbuat demikian wal hal dia boleh lari ke tempat lebih selamat atau melarikan diri keluar dari Syria. Jawapannya hanya satu.. Dia ingin menyampaikan cerita sebenar disebalik dajjal yang membuat fitnah dan menipu dunia.

Lalu aku terfikir hanya mungkin jalan ini yang dapat aku bantu mereka. Menyampaikan cerita yang sebenar apa yang berlaku di sekitar bumi ambia seperti Palestine, Syria, Iraq, Mesir dan lain-lain lagi. Jadi dengan kemahiran yang tak seberapa aku ada maka aku gunakan  perkongsian ini di web yang baru aku bina ini.

Apa itu YaSyabab?

Pada mula aku sendiri tidak tahu.. Aku tahu pun bila melihat video perang sewaktu FSA melawan tentera Assad Basyar. Tentera FSA melaungkan ya..syabab… ya syabab…  dan kebanyakan video ini melaungkan bunyi yang sama.. lalu aku rujuk kembali pada rakan-rakan.. maka Ya Syabab itu bermaksud Wahai Pemuda… Disebabkan aku juga dalam golongan pemuda maka aku gunakan nama ini sebagai platform untuk aku menyampaikan info kisah sebenar yang apa yang berlaku disebalik penipuan dajjal ini.

Maka dengan wujudnya web ini  juga telah bersedia untuk dikritik para musuh Islam yang tidak suka hal sebenar ini disebarkan. Semoga perkongsian hal kejadian sebenar ini dapat disampaikan disetiap penjuru penduduk Islam Nusantara.. Allahu Akbar…!

Leave a comment